Tafsir Ibnu Katsir (10 Jilid)

tafsir-ibnu-katsir-10-jilid-500x500

Judul : Tafsir Ibnu Katsir

Penulis : Imam Ibnu Katsir

Penerbit : Pustaka Imam Asy-Syafi’i

Harga : RM420 sahaja

Penghantaran :

Semenanjung Malaysia RM20,

Sabah & Sarawak RM50


-SILA MUAT TURUN CONTOH HALAMAN KITAB DI SINI DALAM FORMAT PDF-

PENGENALAN TAFSIR IBNU KATSIR
Siapa yang tidak pernah dengar Tafsir Ibnu Katsir? Nama tafsir ini tidak asing langsung bagi penuntut-penuntut Pengajian Islam, sama ada di luar negara, mahupun di Malaysia. Tafsir Ibnu Katsir merupakan tafsir yang paling muktabar (berperanan besar) dalam dunia ilmu Islam. Ia menjadi rujukan ulama-ulama tafsir sepanjang zaman. Kehebatan tafsir ini bukan sahaja kerana kandungannya, malahan kerana ke’aliman penulisnya yang mahir dalam pelbagai bidang ilmu. Kini, tafsir ini telah dialih bahasa ke dalam bahasa Melayu (Indonesia), bagi membantu bangsa atau umat Islam yang tidak mampu memahami bahasa Arab dapat menatap kitab yang penuh keberkatan ilmu ini. Tafsir yang saya paparkan ini bukan ringkasan atau muktasar, tetapi ia merupakan terjemahan lengkap dari judul asli.
PENGARANG KITAB
Ia dikarang oleh  Al-Hafidz ‘Imaduddin Abul Fida’ Ismail bin ‘Umar bin Katsir Al-Qurasyi Ad-Dimasyqi, seorang ulama yang amat Faqih dan mahir dalam pelbagai disiplin ilmu pada abad ke-8 Hijrah. Beliau juga digelar Al-Hafidz, iaitu gelarang bagi mereka yang menghafaz beribu-ribu teks Hadith Nabi SAW. Selain itu, beliau juga merupakan penulis yang sangat giat menghasilkan karya-karya yang ilmiah. Di antara kitab beliau yang terkenal berjudul Al-Bidaayah wan Nihaayah.
METHOD PENULISAN
Tafsir ini mengambil method penulisan Tafsir bil Ma’thur, method yang diakui sahih, tepat dan benar kerana menyandarkan penafsiran ayat Al-Quran dari sumber yang disepakati kebenarnya, iaitu :
  1. Al-Quran dengan Al-Quran
  2. Al-Quran dengan Hadith Nabi SAW (Setiap hadith telah dinyatakan sumbernya)
  3. Al-Quran dengan pendapat ulama Salafus Soleh dari kalangan Sahabat dan Tabi’en
PEGANGAN AQIDAH PENULIS
Ibnu Kathir merupakan seorang ulama yang berpegang kepada aliran Ahlus Sunnah Wal Jamaah dan mengikut manhaj Salafus Soleh dalam beragama, baik dalam masalah ‘Aqidah, ‘Ibadah mahupun Akhlak.
JUDUL ASAL
Tafsir Ibnu Katsir yang saya paparkan ini diterbitkan oleh Pustaka Imam Asy-Syafi’i (Indonesia), Cetakan Tahun 2008. Ia merupakan terjemahan daripada kitab asal :
  1. Judul Asal : (لباب التفسر من ابن كثير) : Lubaabut Tafsir Min Ibnu Katsiir.
  2. Di semak oleh : Dr. ‘Abdullah bin Muhammad bin ‘Abdurrahman bin Ishaq Alu Syaikh
  3. Diterbitkan oleh Mu-assasah Daar al-Hilaal Kairo, Cetakan Pertama, Tahun 1414 H – 1994 M
MENGAPA ANDA PERLUKAN TAFSIR INI?
Tafsir ini bukan sekadar terjemahan, bahkan di dalamnya memuatkan hukum-hukum Fiqh 4 mazhab terbesar (Syafie, Maliki, Hanbali & Hanafi). Terdapat juga pandangan-pandangan ulama lain yang diiktiraf. Penulis Tafsir Al-Azhar, Prof. Dr. HAMKA juga merujuk tafsir ini dalam menghasilkan kitabnya.

SPESIFIKASI EDISI EKONOMI

  1. Berukuran 18.5  x 25.5 cm
  2. Hardcover beserta rak
  3. 10 jilid lengkap

INFO TAMBAHAN : http://al-fikrah.net/index.php?name=Forums&file=viewtopic&p=565603

18 thoughts on “Tafsir Ibnu Katsir (10 Jilid)

  1. Salam,
    Apa bezanya dari segi kandungan antara Tafsir Eklusif (8 jilid) dan Tafsir Ekonomi (10 Jilid)? Bagaimana cara bayaran, jika saya hendak beli?

    • Salam…

      Terima kasih di atas pertanyaan..

      Dari sudut kandungan,tidak ada perbezaan langsung di antara kedua edisi ini, semuanya sama sahaja.

      Perbezaan di antara edisi ekonomi & edisi eksklusif ialah dari segi saiz, bilangan jilid & cover.

      Edisi ekonomi
      Saiz 10 x 7 inci
      10 jilid
      Hardcover tidak berkilat
      Harga RM450

      Edisi Eksklusif
      Saiz A4
      8 jilid
      Hardcover Lux (berkilat/cantik)
      Kertas lebih berkualiti
      Harga RM650

      Sekiranya tuan berminat, pembayaran boleh di buat melalui akaun Maybank Shoutus Sunnah Enterprise 5560-2000-7390.

      Terima Kasih

      Shoutus Sunnah Enterprise
      019-3759091

      http://shoutussunnah.com

  2. Salam,

    Bila agaknya dtg ke surau annur lagi. Saya telah berjumpa dengan penjualan buku tafsir ibnu katsir pada 31 Okt 2010 yang dibawa oleh kakitangan syarikat anda, tetapi set tafsir berkenaan telah diambil oleh seorang kakak. Saya ingin membelinya, boleh nyatakan pada saya bila agaknya dapat bawa ke surau annur lagi.

    Wassallam

  3. Salam saudara ariff,utk kitab tafsir ibnu katsir edisi ekonomi harga sebenarnya berapa, rm400 atau rm450? dan berapa lama masa utk penghantaran?

  4. Salam Tuan Syeikh,

    Saya ingin beli kitab Tafsir spt di paparan (Tafsir Ibnu Katsir – 10 jilid). Macam mana saya hendak berurusan.

  5. as salam. sy berkeinginan membeli tafsir ibnu katsir ini. InsyaAllah jika diizinkan. masalahnya, sy sekarang belajar di luar negara. bagaimana cara pembayaran jika saya mahu membeli. pihak tuan boleh menghantar tafsir ini ke alamat rumah keluarga sy di Malaysia. insyaAllah jika tidak keberatan boleh hubungi sy melalui email.
    Jzzk.

  6. Assalam, apakah Tafsir Ibnu Katsir ini masih ada stok, jika masih adakah harganya masih lagi seperti yang dipaparkan? tafsir ini versi bahasa Malaysia atau Indonesia?

    • Waalaikumussalm, ya kitab masih ada stoknya.. sila hubungi kami di nombor 019-3759091 untuk melanggan.. kami sangat menghargai langganan dari anda. Terima Kasih.

  7. Assalammu’alaikum.Mohon bertanya apakah Tafsir Ibnu Katsir ini masih ada stok, jika masih adakah harganya masih lagi seperti yang dipaparkan? tafsir ini versi bahasa Malaysia atau Indonesia?
    Mohon pencerahan

  8. Salam, tuan, boleh bagi tahu kat saya apa perbezaan antara kitab Tafsir Ibnu Katsir ini dgn Kitab Shahih Tafsir Ibnu Katsir.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s